6 CARA HILANGKAN KURAP PADA KUCING

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang mendapat tempat di hati masyarakat pada masa kini. Bayangkan sahaja bulunya yang lembut dan matanya yang bersinar serta geligat manja mereka bersama manusia, pasti ramai yang akan jatuh hati dengan kucing dan mahu membuatkan mereka sebagai peneman setia di dalam rumah. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa orang yang membela kucing akan mengurangkan tekanan serta dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit sepert sakit sendi dan urat.



Namun, kucing juga boleh dijangkiti penyakit sekiranya kita tidak memberikan penjagaan dan juga perhatian kepada si manja ini. Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti polio manakala bulu – bulu serta kulit mereka membuatkan mereka senang dijangkiti penyakit kulit seperti kurap. Kurap pada kucing tersebut akan merebak ke satu tubuh badan mereka dan sekiranya tidak diberikan ubat yang betul, ia akan menyebabkan kematian. Anda boleh melihat cara untuk merawat kurap pada kucing seperti di bawah.



Kurap pada kucing boleh berjangkit kepada manusia sekiranya tidak diubati dengan betul dan selalunya ia berpunca dari tanah yang kucing tersebut bermain. Apabila bulu dan kulit mereka bersentuhan dengan tanah yang kotor, bakteria microsporum canis akan hinggap di kulit mereka dan menyebabkan kurap. Anda boleh menggunakan cara – cara yang bakal dikongsi untuk merawat kurap yang berada pada kucing anda.

1. Menggunakan Minyak Goreng Ikan



Cara ini akan meninggalkan sedikit bau yang tidak enak kepada si manja anda tetapi ia mempunyai kesan yang baik untuk menghilangkan kurap yang terlekat di kulit mereka.  Selalunya ia akan mengambil masa selama satu hingga dua minggu untuk menghilangkan semua kurap yang berada di badan mereka.


Caranya ialah dengan memakai sarung tangan plastik dan ambil kucing yang berkurap. Pastikan mereka tidak bergerak untuk memudahkan kerja anda. Ambil minyak goreng ikan dan tuang pada tapak tangan anda. Lumurkan minyak tersebut pada seluruh badan kucing anda yang berkurap. Ulangi proses itu sehingga kurap di badan kucing anda hilang.

2. Mandian Anti – Bakteria


Mandian anti – bakteria boleh mematikan kuman – kuman dan juga fungus yang melekat di kurap kucing anda dan sekaligus ia boleh menghilangkan bau yang tidak enak pada diri mereka. Hal ini kerana, mandian ini boleh menghapuskan bakteria – bakteria dengan sifatnya yang anti – radang. Anda boleh mendapatkan pelbagai jenis cecair mandian anti – bakteria untuk kucing anda di pasaran tetapi pastikan ia adalah sesuai digunakan untuk haiwan.





Caranya ialah dengan mencampurkan cecair mandian anti – bakteria ketika anda mahu mandikan kucing anda. Biarkan mereka berendam ataupun mandi selama 10 -15 minit dan keringkan tubuh badan mereka . Kemudian, sapukan pula minyak gamat untuk menambahkan kesan yang terbaik. Minyak gamat juga boleh membantu untuk menghilangkan kurap – kurap yang ada pada kucing anda.


3. Air Kelapa



Anda juga boleh menggunakan air kelapa sebagai salah satu alternatif untuk menghilangkan kurap pada haiwan kesayangan anda. Hal ini kerana, air kelapa mempunyai elektrolit yang telah lama digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit. Ia juga boleh menghapuskan bakteria yang hinggap pada kucing anda dan seterusnya menghilangkan masalah kurap.

Caranya ialah dengan mengambil air kelapa asli yang tidak dicampur dengan gula ataupun bahan yang lain dan mandikan kucing anda dengan air kelapa tersebut. Anda boleh mandikan mereka dengan air yang biasa selepas itu dan keringkan mereka. Ulangi langkah ini setiap hari untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

4. Minyak Kelapa Dara dan Bawang Merah


Minyak kelapa mempunyai vitamin – vitamin dan juga mineral yang boleh membantu untuk menghilangkan kurap pada kucing anda manakala bawang merah pula mempunyai sifat anti – bakteria dan juga anti – radang. Campuran kedua – dua bahan ini akan membolehkan kurap yang hinggap pada kucing anda akan terhapus dengan sempurna.

Caranya ialah dengan menumbuk bawang merah secara kasar dan pastikan ia tidak lumat. Campurkan bersama minyak kelapa dara (cold – pressed) dan sapukan pada bahagian – bahagian kurap kucing anda. Ulangi langkah ini setiap hari sehingga kurap pada kucing anda sembuh.

5. Menggunakan Panadol


Kurap pada kucing juga boleh disembuhkan dengan panadol. Namun, pastikan anda tidak memberikan panadol kepada kucing untuk dimakan kerana ia boleh menjadi beracun kepada kucing anda. Panadol mempunyai bahan – bahan yang boleh memberikan kelegaan kepada kucing anda dan seterusnnya menghilangkan masalah kurap. Anda boleh mengambil panadol dan tumbuk sehingga ia menjadi serbuk. Lumurkan ke bahagian kurap kucing setiap hari dan anda boleh melihat kesan dalam masa satu hingga dua minggu.

6. Menggunakan Apple Cider


Apple cider telah digunakan sebagai salah satu bahan kecantikan sejak zaman dahulukala lagi. Ramai yang menggunakannya untuk kulit dan ada juga yang menggunakannya untuk kesihatan tubuh badan. Ia mempunyai sifat anti – bakteria dan juga anti – kulat yang amat efektif sekiranya anda mahu menghilangkan kurap pada kucing anda.


Caranya ialah dengan menggunakan cotton bud dan ambil sedikit apple cider dan letakkan pada bahagian kucing yang berkurap. Biarkan sehingga kering dan mandikan kucing anda dengan mandian anti – bakteria. Ulangi langkah ini setiap hari sehingga kurap tersebut hilang dan kulit kucing anda kelihatan sihat.