6 CARA HILANGKAN KURAP PADA KUCING
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang mendapat tempat di hati masyarakat
pada masa kini. Bayangkan sahaja bulunya yang lembut dan matanya yang bersinar
serta geligat manja mereka bersama manusia, pasti ramai yang akan jatuh hati
dengan kucing dan mahu membuatkan mereka sebagai peneman setia di dalam rumah.
Banyak kajian yang menunjukkan bahawa orang yang membela kucing akan
mengurangkan tekanan serta dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit sepert
sakit sendi dan urat.
Namun, kucing juga boleh dijangkiti penyakit sekiranya kita tidak memberikan penjagaan dan juga perhatian kepada si manja ini. Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti polio manakala bulu – bulu serta kulit mereka membuatkan mereka senang dijangkiti penyakit kulit seperti kurap. Kurap pada kucing tersebut akan merebak ke satu tubuh badan mereka dan sekiranya tidak diberikan ubat yang betul, ia akan menyebabkan kematian. Anda boleh melihat cara untuk merawat kurap pada kucing seperti di bawah.
Namun, kucing juga boleh dijangkiti penyakit sekiranya kita tidak memberikan penjagaan dan juga perhatian kepada si manja ini. Mereka mudah dijangkiti penyakit seperti polio manakala bulu – bulu serta kulit mereka membuatkan mereka senang dijangkiti penyakit kulit seperti kurap. Kurap pada kucing tersebut akan merebak ke satu tubuh badan mereka dan sekiranya tidak diberikan ubat yang betul, ia akan menyebabkan kematian. Anda boleh melihat cara untuk merawat kurap pada kucing seperti di bawah.
Kurap pada kucing boleh berjangkit kepada manusia sekiranya tidak diubati dengan betul dan selalunya ia berpunca dari tanah yang kucing tersebut bermain. Apabila bulu dan kulit mereka bersentuhan dengan tanah yang kotor, bakteria microsporum canis akan hinggap di kulit mereka dan menyebabkan kurap. Anda boleh menggunakan cara – cara yang bakal dikongsi untuk merawat kurap yang berada pada kucing anda.
1. Menggunakan Minyak Goreng Ikan
Cara ini akan meninggalkan sedikit bau yang tidak enak kepada si manja anda
tetapi ia mempunyai kesan yang baik untuk menghilangkan kurap yang terlekat di
kulit mereka. Selalunya ia akan mengambil masa selama satu hingga dua
minggu untuk menghilangkan semua kurap yang berada di badan mereka.
Caranya ialah dengan memakai sarung tangan plastik dan ambil kucing yang
berkurap. Pastikan mereka tidak bergerak untuk memudahkan kerja anda. Ambil
minyak goreng ikan dan tuang pada tapak tangan anda. Lumurkan minyak tersebut
pada seluruh badan kucing anda yang berkurap. Ulangi proses itu sehingga kurap
di badan kucing anda hilang.
2. Mandian Anti – Bakteria
Caranya ialah dengan mencampurkan cecair mandian anti – bakteria ketika
anda mahu mandikan kucing anda. Biarkan mereka berendam ataupun mandi selama 10
-15 minit dan keringkan tubuh badan mereka . Kemudian, sapukan pula minyak
gamat untuk menambahkan kesan yang terbaik. Minyak gamat juga boleh membantu
untuk menghilangkan kurap – kurap yang ada pada kucing anda.
3. Air Kelapa
Anda juga boleh menggunakan air kelapa sebagai salah satu alternatif untuk
menghilangkan kurap pada haiwan kesayangan anda. Hal ini kerana, air kelapa
mempunyai elektrolit yang telah lama digunakan untuk melegakan pelbagai
penyakit. Ia juga boleh menghapuskan bakteria yang hinggap pada kucing anda dan
seterusnya menghilangkan masalah kurap.
Caranya ialah dengan mengambil air kelapa asli yang tidak dicampur dengan
gula ataupun bahan yang lain dan mandikan kucing anda dengan air kelapa
tersebut. Anda boleh mandikan mereka dengan air yang biasa selepas itu dan
keringkan mereka. Ulangi langkah ini setiap hari untuk mendapatkan kesan yang
terbaik.
Minyak kelapa mempunyai vitamin – vitamin dan juga mineral yang boleh
membantu untuk menghilangkan kurap pada kucing anda manakala bawang merah pula mempunyai
sifat anti – bakteria dan juga anti – radang. Campuran kedua – dua bahan ini
akan membolehkan kurap yang hinggap pada kucing anda akan terhapus dengan
sempurna.
Caranya ialah dengan menumbuk bawang merah secara kasar dan pastikan ia
tidak lumat. Campurkan bersama minyak kelapa dara (cold – pressed) dan sapukan
pada bahagian – bahagian kurap kucing anda. Ulangi langkah ini setiap hari
sehingga kurap pada kucing anda sembuh.
5. Menggunakan Panadol
Kurap pada kucing juga boleh disembuhkan dengan panadol. Namun, pastikan
anda tidak memberikan panadol kepada kucing untuk dimakan kerana ia boleh
menjadi beracun kepada kucing anda. Panadol mempunyai bahan – bahan yang boleh
memberikan kelegaan kepada kucing anda dan seterusnnya menghilangkan masalah kurap.
Anda boleh mengambil panadol dan tumbuk sehingga ia menjadi serbuk. Lumurkan ke
bahagian kurap kucing setiap hari dan anda boleh melihat kesan dalam masa satu
hingga dua minggu.
6. Menggunakan Apple Cider
Apple cider telah digunakan sebagai salah satu bahan kecantikan sejak zaman
dahulukala lagi. Ramai yang menggunakannya untuk kulit dan ada juga yang
menggunakannya untuk kesihatan tubuh badan. Ia mempunyai sifat anti – bakteria
dan juga anti – kulat yang amat efektif sekiranya anda mahu menghilangkan kurap
pada kucing anda.
Caranya ialah dengan menggunakan cotton bud dan ambil sedikit apple cider
dan letakkan pada bahagian kucing yang berkurap. Biarkan sehingga kering dan
mandikan kucing anda dengan mandian anti – bakteria. Ulangi langkah ini setiap
hari sehingga kurap tersebut hilang dan kulit kucing anda kelihatan sihat.